memilih untuk bertunang sama seperti kita memillih untuk mula membuang semua tabiat tabiat lame yg bole menjejaskan hubungan dengan tunang masing masing. bukan saja hubungan dengan tunang tp bakal keluarga mertua masing masing. ingat bila anda lukan kan hati tunang anda sama seperti anda luka kan hati kelurga mertua anda yg sudah mula sygkan anda seperti anak sendiri. bila kita memilih utk bertunang, kita sedang memegang janji atas nama Allah dan satu hari nnt bila di izinkan Allah kita akan mendirikan rumah tangga bersama tunang kita. janji yg tidak ditepati bole menjadikan kita seorang munafik. memilih untuk bertunang sama seperti kita memberitahu pada semua yg kita telah komited dgn pasangan kita dan tidak sepatutnya berlaku isu nk berkenalan, nk berkawan, hanya keluar makan krn hati manusia ini sgt rapuh dan syaitan sgt suka bila kita memungkiri janji kita dan syaitan paling suka bila kita dapat melukan kan hati hamba Allah dengan melakukan penganaiyaan sebegitu.
jadi sebelum tiba waktu itu ambil ms utuk muhasabah diri sendiri, adakah kita sudah bersedia utk melakukan komitment tersebut? adakah kita rela untuk meninggalkan tabiat tabiat lama yg sering kita lakukan? jgn ambil keputusan terburu sehingga melukakan kan hati byk pihak. jika kita tidak belajar utk membuang segala perkara buruk, segala keseronokkan dunia yg sementara itu perangai itu akan kita bwk sehingga berkahwin. pecayala. bila kita xcuba untuk komited dgn pasangan kita selepas berkahwin kita masih lagi akan mencari keseronokan dunia sekalipun hanya di laman sosial, dgn alasan bosan, sekadar mencari kawan. nauzubillah. bukankan Allah telah anugerah kn kita dengan pasangan yg halal yg bole mengilangkan rasa bosan, rasa duka, da bole memberi kebahagian kepada kita, jadi mengapa masih di cari perkara yg haram. alasan hanya berkawan. kita lupa yg kita hanya manusia biasa yg senang jatuh dlm godaan syaitan. jadi mengapa sengaja menempah perkara yg sia sia itu. jadi bila anda bersedia untuk komited dan telah mengambil satu langkah besar sebelum perkahwinan, iaitu ketika anda bertunang, belajar untuk menjadi seorang yg setia, yg jujur, yg amanah supaya insyaAllah, anda mampu untuk menjadi suami/isteri yg terbaik utk pasangan anda juga mampu mengecap redha dr Allah. moga perkahwinan anda juga di berkati Allah.
kadang kita hnya mengambil mudah perkara ini, tp ingat yg Allah itu adil. mungkin dulu anda pernah lukakan hati tunang anda, keluarga tunang anda tp siapa tahu ketika anda memilih untuk mencari org lain, berkahwin dgn org lain, dan selepas berkahwin org yg anda pilih itu bersikap seperti mana anda bersikap kepada tunang anda dahulu. mungkin kesakitan yg anda rasa lebih teruk dr tunang anda rasa. bila mana rumah tangga mula goyah, br kita terkenang perbuatan kita terhadap org yg kita telah bejanji dulu. Allah maha adil. apa yg terjadi tidak bole di ulang semula. jadi belajarlah menghargai. walau seburuk mana pasangan anda,walau miskin mana pasangan anda, walau sejahil mana pasangan anda dia lah jugak yg sentiasa mendoakan kebahagian anda. jadi mengapa di cari buruk pasangan. kenangla kebaikan yg telah dia lakukan. manusia mmg tidak akan pernah merasa cukup, tp belum tentu yg baru itu lebih baik dr yg pernah kita sia siakn dulu.
pesanan utk diri sy sendiri. sebarang kesalahn adalah dr sy, dan setiap coretan yg berilmu adalah ilham dr Allah.
ps : Ustaz Azhar Idrus kata wanita yg byk melayan lelaki tidak sesuai dijadikan isteri. i think same goes to a guy. kalau kita dambakan y terbaik kita perlu ubah diri kita utk jadi yg terbaik dulu. :)
No comments:
Post a Comment